AngahX RileksCrew

Silap Kahwin Wanita Tiruan


Bagaikan perkara mainan dan boleh mengubah ketentuan Allah itulah yang berlaku pada masa kini..Dari seorang lelaki mahu bertukar menjadi perempuan dan dari seorang perempuan mahu bertukar menjadi seorang lelaki itulah lumrah kehidupan yang bertentangan dengan ajaran islam.. Berfikir dengan menggunakan wang boleh membeli dan mengubah kehidupan kerana itulah banyak antara kita yang terpesong dari ajaran dan akidah islam..


KUALA LUMPUR - Terkejut dan tertipu! Itulah reaksi seorang bekas dekan sebuah universiti awam selepas menyedari isteri ketiga yang dinikahinya selama setahun di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2009 rupa-rupanya seorang lelaki yang menyerupai wanita.
Curiga dengan status perkahwinan tersebut, Profesor Dr. Bahrom Sanugi, 61, bekas dekan Fakulti Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan membuat aduan ke Jabatan Agama Islam Gombak.
Semasa pernikahan ketiga berlangsung, Bahrom masih memegang jawatan dekan USIM.
Lanjutan aduan itu, pejabat agama pada 23 November 2010 mengarahkan Bahrom dan isterinya, Sri Wani Choo Abdullah, 37, seorang pengusaha butik kecantikan supaya berpisah sementara kerana berlaku keraguan mengenai pernikahan tersebut.
Pasangan itu juga difahamkan sempat mendapatkan sijil nikah palsu di Kedah sejurus mereka berkahwin di Songkhla untuk mengesahkan pernikahan tersebut.
Difahamkan, jabatan agama dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) masih menyiasat mengenai status jantina Sri Wani.
Bagi segera menyelesaikan kemelut itu, Bahrom yang diwakili peguam syarie Muhammad Hafiz Ab. Rashid kemudian memfailkan permohonan faraq (memisahkan perkahwinan) di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini terhadap Sri Wani pada 17 Januari 2011.
Susulan itu, Bahrom membuat permohonan pada 18 Januari lalu supaya mahkamah mengeluarkan perintah supaya Sri Wani menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk menentukan jantina sebenar Sri Wani.(KOSMO)
::P/S:Mujurlah dekan itu dapat mengenal pasti identiti sebenar isterinya lebih awal…Adakah isterinya itu sudah menukar jantinanya?? Apa pun bersyukurlah ianya dapat diketahui lebih awal kerana jika berterusan ditakuti mendapat musibah dalam bentuk lain dan jika benar isterinya lelaki, Bertaubatlah semoga taubatnya di terima Allah
0 Komen:

Post a Comment

-= AngahX RileksCrew =- .: We Came :: We Saw :: We Share :.

Like This Page?

Powered by Blogger.

Followers

Mining

I am having you mine for crypto currency to support this site. Here are your stats:

You can start or stop at anytime but please wait for some accepted hashes before you do.

Visit Coin Hive to learn more about how this works

All Time Visitor History

Advertise

Free counters!

Link Exchange


Or Try This


Click To Add To Your Blog