AngahX RileksCrew

Tips Memilih Kamera



Mungkin anda berminat untuk mendapatkan kamera pertama anda, mungkin juga anda ingin menaik taraf kamera yang anda ada sekarang. Tetapi sebelum anda mengeluarkan duit atau kad kredit dari dompet anda, ada beberapa perkara mengenai kamera yang perlu anda tahu. Dengan maklumat ini anda dapat membuat keputusan yang tepat dalam membeli kamera yang anda idamkan. Bak kata orang dulu-dulu, alah membeli menang memakai

 1. Apakah Tujuan Anda Membeli Kamera

Sebelum anda membeli kamera yang anda inginkan, tanya dahulu diri anda, “apakah tujuan saya membeli kamera ini?” Adakah sekadar suka-suka ataupun ingin menjadikannya sebagai hobi yang serius? Adakah anda ingin membeli kamera untuk tujuan perniagaan? Ini kerana setiap kamera mempunyai fungsi dan kelebihan yang tertentu. Jika anda membeli kamera sekadar suka-suka dan bercadang untuk menggunakannya ketika percutian nanti, kamera kompak sudah memadai. Jika anda inginkan hasil yang lebih hebat dan mahu menjadikan kamera sebagai hobi, mungkin DSLR sesuai untuk anda. Apapun ketahui dahulu kenapa anda ingin membeli kamera itu kerana anda tidak mahu membelanjakan duit atas perkara yang anda tidak perlu.

2. Perhatikan "caj tambahan" yang mungkin ada

Ketika anda membeli kamera anda mungkin tertarik dengan harganya yang murah, tetapi sebelum anda bersetuju membeli kamera tersebut perhatikan dahulu perkara-perkara tambahan yang mungkin anda perlukan seperti kad memori, bateri tambahan, tripod, pencuci lensa. Selalunya kedai kamera akan meletakkan barang-barang ini di dalam satu pakej dan memberikan anda diskaun. Tanya kepada jurujual mengenai pakej yang mungkin mereka sediakan.

3. Berapa Megapixel Yang Saya Perlukan?

Sebenarnya berapa megapixel kamera yang anda ingin dapatkan tidak penting. Jika dahulu megapixel sangat penting kerana kualiti kamera masih rendah kini kebanyakkan kamera mempunyai megapixel yang mencukupi. Kamera yang mempunyai 5 megapixel keatas sudah memadai melainkan jika anda ingin mencetak gambar anda itu untuk dijadikan billboard! Apa yang penting melebihi megapixel andalah saiz sensor kamera tersebut.

4. Perhatikan Optical Zoom

Kebanyakkan kamera dipasaran akan memberikan anda maklumat zoom yang terdapat pada kamera tersebut. Perkara terbaik yang perlu anda lihat bukanlah pada digital zoom tetapi kepada optical zoom kamera tersebut. Digital zoom adalah dimana kamera tersebut di zoom secara digital menggunakan perisian kamera tersebut dan membuatkan kualiti gambar merosot. Berbeza dengan digital zoom, optical zoom akan membesarkan gambar menggunakan lensa yang terdapat pada kamera, dengan itu gambar akan lebih tajam dan kualitinya tidak akan berubah seperti digital zoom.

5. Baca Review Terlebih Dahulu

Anda pasti tidak ingin melakukan kesilapan dengan membeli kamera yang bermasalah, jadi cara terbaik adalah dengan membaca dahulu review berkenaan kamera yang anda berkenan di dalam web ataupun di blog-blog berkenaan kamera dan fotografi. Dengan membuat kajian mengenai produk anda boleh mengelakkan dari tersalah membuat keputusan yang akan merugikan anda di masa hadapan. Jangan bergantung kepada satu laman web sahaja ketika membaca review kerana kadangkala laman web tersebut mungkin terdorong memberikan review yang berat sebelah. Baca beberapa blog dan komen pengguna sebelum anda buat keputusan muktamad.

Saya harap artikel ini bermanfaat buat anda yang ingin mencari kamera baru. Dengan artikel ini kini sedikit sebanyak anda telah tahu bagaimana caranya anda boleh mendapatkan kamera idaman berdasarkan keperluan anda.
2 Komen:

erm..nice info
leh la buat guide nnti


Post a Comment

-= AngahX RileksCrew =- .: We Came :: We Saw :: We Share :.

Like This Page?

Powered by Blogger.

Followers

Mining

I am having you mine for crypto currency to support this site. Here are your stats:

You can start or stop at anytime but please wait for some accepted hashes before you do.

Visit Coin Hive to learn more about how this works

All Time Visitor History

Advertise

Free counters!

Link Exchange


Or Try This


Click To Add To Your Blog