
Kuala Lumpur: Setelah kejayaan Malaysian Cyber Conference 1.0 di Ipoh pada Mei lepas mendapat sambutan hangat daripada para penggemar IT di Malaysia khususnya penggodam, vyrec sekali lagi menganjurkan Malaysia Cyber Conference 1.1 bertempat di Putra World Trade Center (PWTC) Kuala Lumpur. Dengan matlamat mengumpulkan sukarelawan cyber program ini berjaya mengumpul seramai 120 orang penggodam di seluruh Malaysia untuk melibatkan diri didalam program ini.
Program ini dibuat untuk kali kedua bertujuan untuk membongkar segala fitnah dan tomahan buruk segelintir blogger politik yang menuduh Malaysian Cyber Conference sebagai tentera cyber yang dibeli oleh kerajaan untuk kepentingan politik. Antara pembongkaran fitnah yang dibuat adalah seperti berikut:
Mebongkar mengenai tuduhan blogger era-pasca bahawa vyrec dan MCC adalah kroni APCO
Pembongkaran mengenai tuduhan bahawa peserta-peserta MCC sebagai penggodam yang akan menggodam blog-blog pembangkang
Pembongkaran mengenai Tuduhan blogger politik mengenai dana yang banyak disalurkan didalam program MCC yang lepas sedangakan dana tersebut hanyalah sebanyak RM5000 sebagai pembayaran makanan dan sewaan dewan untuk 100 orang peserta
Pembongkaran mengenai tuduhan vyrec memegang semua akses sistem dan semua laman kerajaan Malaysia
Pembongkaran mengenai fitnah blogger politik mengenai tempat tingal peserta MCC dia Ipoh terlalu mewah sedangkan sewaan homestay tersebut hanyalah RM300 untuk menempatkan 40 orang peserta MCC.
Selain pembongkaran fitnah-fitah dari blogger-blogger politik, MCC 1.1 juga mengadakan conference mengenai isu perang cyber diantara Malaysia dan Indonesia yang sedang hangat diperkatakan kebelakangan ini. selain itu juga vyrec memberikan kesedaran IT kepada para peserta yang hadir mengenai kepentingan IT didalam memacu masa depan negara.
Program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang untuk menerapkan budaya IT yang sihat dikalangan rakyat Malaysia khususnya para belia yang menjadikan IT sebagai gaya hidup mereka.
Untuk melihat gambar sekitar program tersebut sila ke capaian berikut: Gambar program MCC 1.1
Sumber: vyrec.com

Post a Comment